How to Cook in Small Amounts for Your Baby | Cara Terbaik Memasak Dalam Kuantiti Kecil Untuk Bayi
Do you find it difficult to cook in small quantities for your baby? Today we are going to share with you an easy and cheap solution to this problem! The answer is easy, just read on!
Adakah anda rasa susah kena masak dalam kuantiti kecil untuk bayi? Hari ini kami ingin membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan murah dan mudah! Jawapannya senang, sila baca seterusnya!
The answer is...
Use a slow cooker!
Eh, slow??? We want to be fast! Mummies are busy people, so why are you giving us a slow option?
What is a slow cooker?
A slow cooker is a type of ceramic pot which is encased by an outer body. This ceramic pot sits on a heating element which functions by heating up the pot slowly. A slow cooker takes a longer time to cook – the fastest is usually more than an hour.
IMPORTANT NOTE: The lengthy cooking time is actually the main reason why the slow cooker is so awesome! All you need to do is put in all your ingredients into the slow cooker and continue your life as usual.
Benefits of the slow cooker for Mummies who need to cook for their babies:
1. Cheap and easily available
For only RM50, you can easily get a slow cooker from most online websites and electrical appliance shops.
2. Small
The ideal slow cooker size for cooking for your baby is 1.5L. This small size ensures that your porridge doesn’t get burnt and it’s easy to wash and keep.
3. Thoroughly cooked and soft The slow cooker cooks the food by slowly boiling it, and this ensures the food is cooked all the way within making it very suitable for babies. A couple of quick stirs just before you serve the food to baby makes the food fall apart and blend together, almost as good as being pureed!
4. Versatile The slow cooker is good for a variety of different types of meals. Besides the typical Asian porridge consisting of baby rice grains, veggies and fish / meat, I’ve cooked Western-style meals comprising a combination of potatoes, carrots, tomatoes and beans.
5. Familiar If you enlist the help of your family members or your helper to take care of your baby, there’s always a ‘handover’ session. Using a slow cooker to cook his meals helps minimise the complexity of the handover session because it is something they are familiar with. Imagine if I used some high-tech baby food processor! I’d probably have to write down a long instruction list and stick it in the kitchen.
6. Great for working mums
Fret not if you don’t have family members or a helper to help out! Working mums can cook your baby’s porridge in the slow cooker the night before and leave it overnight! All you need to do is add in approximately double the amount of water and set the slow cooker mode to LOW. No worries about burning the porridge because the slow cooker is meant for overnight cooking.
I hope these tips will help all of you Mummies! Feel free to drop us a message on our Facebook or Instagram if you have any questions!
Facebook: Little Baby Grains
Instagram: @littlebabygrains
*************************************
Jawapannya adalah...
Gunalah slow cooker!
Eh, slow??? Kami nak cepatlah! Mummies ini orang yang sibuk, apasal guna slow pulak?
Apa itu slow cooker?
Slow cooker ialah sejenis periuk seramik yang biasanya disarung oleh satu lagi “badan” di luar. Periuk seramik ini pula duduk di atas elemen pemanas yang berfungsi atau memanaskan periuk secara perlahan. Slow cooker mengambil masa yang lama untuk memasak – paling cepat pun lebih daripada 1 jam.
PENTING: Sebenarnya, masa masak yang lama adalah sebabnya slow cooker ini hebat! Anda hanya perlu memasukkan semua lauk yang ingin dimasak ke dalam slow cooker dan teruskan hidup anda seperti biasa.
Kelebihan slow cooker untuk Mummies yang ingin memasak untuk si kecil:
1. Murah dan mudah didapati
Dengan hanya RM50, Mummies boleh membeli sebuah slow cooker di atas talian atau di mana-mana kedai yang jual peralatan elektrik.
2. Saiz kecil
Saiz yang paling elok untuk memasak bubur untuk si kecil ialah 1.5L. Saiz kecil ini akan memastikan bahawa bubur anda tidak terbakar dan juga mudah dibasuh dan disimpan.
3. Makanan lembut dan dimasak sepenuhnya
Cara masak slow cooker adalah dengan mendidihkan makanan secara perlahan. Ini pula memastikan bahawa semua makanan dimasak dengan sepenuhnya dan ini memang penting terutamanya bila masak untuk si kecil. Gaur makanan itu beberapa kali sebelum anda menghidangkan bubur itu kepada anak dan makanan itu akan menjadi lembut dan licin, seakan puree!
4. Serba boleh
Slow cooker sesuai untuk memasak pelbagai jenis makanan. Selain masak bubur, ia juga sesuai untuk masakan Barat seperti kombinasi kentang, lobak merah, tomato dan kacang!
5. Mudah diguna
Biasanya kalau ahli keluarga atau bibik yang tolong menjaga anak, memang kena buat sesi “handover”. Kalau guna slow cooker memang senang untuk ajar dan guna, kerana fungsinya mudah sahaja. 😉 Bayangkanlah kalau saya guna cooker yang canggih, mungkin saya kena tulis panduan yang panjang!
6. Sesuai untuk Mummies yang bekerja
Jika tiada pertolongan ahli keluarga atau bibik, Mummies yang sibuk kerja boleh masak bubur bayi pada waktu malam. Tidak perlu risau bubur itu akan terbakar kerana slow cooker ini memang sesuai untuk pemaskan overnight. Anda hanya perlu tambahkan air (lebih kurang dua kali ganda) dan bubur itu akan dimasak pada keesokan paginya!
Saya berharap tips ini akan membantu semua Mummies dan jika ada apa-apa soalan, boleh DM kami di Facebook atau Instagram kami.
Facebook: Little Baby Grains
Instagram: @littlebabygrains